Jumaat
Tatkala meniti hari-hari dengan pelbagai rutin harian, terkedu seketika pabila mendapat perkhabaran bahawa rakan seperjuangan telah kembali menghadap penciptaNYA. Beliau begitu muda dan baru sahaja melahirkan anak yang ke-5. Begitulah janjiNYA bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Bila, di mana, bagaimana..hanya DIA sahaja yang menentukannya.
Allahyarhammah merupakan seorang insan yang begitu istimewa, amat komited terhadap tugas-tugasnya. Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat kami.
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang mukmin. Takziah kepada seluruh ahli keluarga terutama kepada suami dan anak-anak yang ditinggalkan. Semoga kalian kuat mengharungi dugaan ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan