Benarlah kata pepatah Melayu, jauh berjalan luas pemandangan..lama hidup, banyak dirasa..
Memang seronok kalau dapat melihat tempat orang, lebih-lebih lagi dapat menikmati keindahan alam ciptaan ILAHI, menikmati hidangan enak, membeli-belah dan menjamu mata. Sejak dari zaman belajar di 'U' lagi saya memang berminat untuk menjelajah. Oleh itu, apabila berkesempatan dan mempunyai bajet yang memang dikumpul khas (main kutu) untuk melancong, kesempatan ini memang amat ditunggu-tunggu.
![]() |
| Bersama-sama rakan seperjuangan Kak Zu, Azah, Kak Ton & Kak Na. |
Mengambil kesempatan sempena cuti sekolah, saya dan kawan-kawan terus menempah pakej percutian ke Beijing..kalau tidak silap, nama glamournya dulu PEKING. Memang kami amat teruja untuk ke sana memandangkan terdapatnya salah satu keajaiban dunia di sana iaitu Tembok Besar Negara China. Sempat transit sebentar di Hong Kong apabila menaiki penerbangan Cathay Pacific, kami tiba di Beijing pada 10 malam.
Cuaca dingin mencecah 6 darjah cc menyambut kami. Kami terus dibawa ke hotel penginapan setelah lebih 5 jam perjalanan dari Hong Kong. Penat namun hati berbunga gembira apabila menjejakkan kaki ke bumi negara China.
Hari kedua di Beijing, kami menikmati sarapan pagi di sebuah restoran Muslim.
Sedap juga makanan yang dihidangkan. Sebelum ini, kami takut juga perut kami tidak boleh menerima makanan Cina. Alhamdulillah, ada roti, telur dadar...beres!
![]() |
| Ahli rombongan yang 'sporting' |
Selesai sarapan, kami terus dibawa ke Medan Tiennamen dan Kota Larangan. Kebetulan pula hari itu hari Ahad, bukan setakat pelancong asing, rakyat tempatan dari seluruh pelosok China juga datang ke sini untuk menghabiskan cuti hujung minggu mereka. Kagum melihat disiplin tentera yang berkawal di sepanjang kawasan tersebut. Mereka tetap tegak dengan segak sehinggalah tamat masa mereka bertugas dan digantikan pula oleh rakan mereka yang lain.
Terpukau dengan keindahan seni bina halus warga Cina, kami memasuki Kota Larangan iaitu tempat bersemayamnya Maharaja Cina selama beratus-ratus tahun.
Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Kota ini terletak di tengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.
Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik[1] dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional,[2] pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,[2] dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.
Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China- sumber Wikipedia.
Penat jugalah berjalan merentasi kota ini..lebih kurang 4km dari pintu utama hingga ke pintu belakang. Bayangkanlah jika maharaja ingin menjelajah seluruh kota. Kerabat baginda memang terasing dengan dunia luar. Menurut pemandu pelancong kami, mana-mana kuli yang merosakkan mana-mana bahagian yang sedang dibina,hukuman pancung dikenakan. Memang kejam!!
Betapa seseorang maharaja itu mempunyai kuasa yang begitu hebat, bukan setakat istananya yang begitu luas, khazanah harta yang dimiliki juga amatlah banyak..hebat sungguh tamadun mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan