Sabtu

CUTI-CUTI MALAYSIA - CNY TAIPING 2014 Bah. 2


Assalamualaikum, bersua kembali..


                  Mari teman sambung coretan bahagian 1 - Kami meneruskan perjalanan ke bandar Taiping.  Sebelum itu, terbaca juga di blog kawan yang menyatakan di Parit Buntar ada pasar pagi yang menjual pelbagai jenis pakaian wanita di mana harganya amat-amat berpatutan.  Kita mintalah jasa baik sang suami untuk lajakkan kereta ke sana.  Pusing punya pusing, tanya punya tanya...pasar tu dibuka pada hari Sabtu la pulak.  Kiciwa jugalah sebab mai jauh-jauh tak buka pulak pasar tu..
              Tahan telingalah dengan leteran orang lelaki sebab percaya sangat bila membaca blog.. Sabar je la.  Daripada pembacaan blog juga, kami meredah kampung untuk sampah ke Kampung Sempeneh yang diceritakan memiliki air terjun yang sangat cantik, nyaman dan sejuk airnya...Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan.. sebab dah masuk simpang sana, keluar simpang sini tak jumpa ayaq terejun, kenalah bermulut manis bertanya kepada veteran kampung itu.  Akhirnya kami bertemulah dengan tempat perkelahan yang dimaksudkan.  Ada chalet di sini dan makcik-makcik menjual jajan.  Airnya memang jernih, sejuk dan menyegarkan.  Apa lagi bila tengok air, askarku dengan segera ingin terjun ke dalam sungai.
Masa untuk berendam...






Suasana tenang jauh daripada kesibukan kota
                                Seronok tak kira no...
Mandi hingga kecut ..

 


Selesai bermandi-manda, pastinya perut akan berbunyi, menandakan perut perlu        
         diisi.  
                Apa lagi, buka bekalanlah..memang sedaplah rasanya walaupun bekalan yang dibawa maggi je sebab perut memang dah lapar.  Ada disediakan surau dan bilik air untuk pengunjung solat dan salin pakaian.  Bayaran yang dikenakan cuma RM0.30 sen je.. parkir RM1.50 sen.  Oklah tu sebab makcik yang jaga tu kata kadang-kadang pengunjung ni tidak ada kesedaran sivik sangat.  Suka sangat buang lampin pakai buang anak mereka sana-sini, sisa makanan lempar ikut dan je.. Tidak seronoklah kalau gitu sebab akan mencemarkan keindahan flora di sini..ceeewah!

       Selesai bermandi-manda, kamipun meneruskan perjalanan ke bandar Taiping sebab sudah berjanji dengan anak-anak ingin meneroka Safari Malam di Zoo Taiping.  Sebelum itu, kamipun mencari-cari tempat untuk mengisi perut ..ala-ala minum petang la dulu sebab tadi makan maggi je..perut macam tidak berapa nak kenyang.
           Tempatnya betul-betul di belakang Balai Bomba Taiping, ada medan selera yang menyediakan pelbagai hidangan mengikut citarasa masing-masing.  Antara menu yang terkenal di sini ialah sotong kangkung, Yong Tau Foo dan banyak lagi..

 

Pilih jangan tak pilih

Ummppp ABC ala Tepen..
Rambang mata dibuatnya



       Selesai mengisi perut, kamipun daftar masuk ke Hotel Seri Malaysia Taiping.  Nasib baik ada bilik kosong sebab hari ini hari cuti umum.  Kami memilih bilik keluarga yang harganya memang agak berbaloi untuk 7 beranak iaitu RM170 semalam.  Alhamdulillah, selesai sahaja membersihkan diri dan solat Maghrib, kamipun terus menuju ke Zoo Taiping seperti yang telah dijanjikan petang tadi.  Bayaran untuk dewasa ialah RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.  Pelawat yang datang secara berkumpulan akan diberi diskaun seperti di bawah :
Bayaran Masuk
Dewasa
:
RM20.00
Kanak-kanak
(3 -12 tahun
:
RM10.00
Kamera video:Free of Charge
HARGANIGHT SAFARI
DEWASAKANAK-KANAK
NORMALRM 20RM 10
20%RM 16RM 8
30%RM 14RM 7
40%RM 12RM 6
50%RM 10RM 5
Keretapi Mini Night Safari
Percuma
Waktu melawat:

8.00 to 11.00 p.m 
Dibuka setiap malam termasuk Cuti Umum.
8.00 to 12.00 a.m
Pada hari Sabtu dan malam sebelum Cuti Am.





        Rupa-rupanya haiwan di dalam zoo aktif pada waktu malam.  Kalau selalunya pada waktu siang biasanya haiwan ini tidur memanjang.  Jadi memang berbaloi membawa anak-anak melawat ke Safari Malam di Taiping ini.


Aksi lincah haiwan pada waktu malam.

Baby kanggaru..

Seronok bersiar-siar di dalam zoo pada waktu malam.
           Seronok anak-anak dapat melihat gelagat haiwan yang aktif pada waktu malam.  Setelah penat kaki meronda-ronda sekitar zoo, kamipun beristirahat di hotel.  Keesokan harinya, selepas bersarapan di hotel, sempat juga budak-budak 'posing' di tepi Taman Tasik Taiping.
Panorama pagi di tepi tasik

Tenang dan mendamaikan

Pokok yang berusia beratus tahun masih megah berdiri..
        Sampai di sini dulu, pertemuan kita. Insyaallah, jika ada kesempatan saya akan berceloteh lagi pada lain masa.  Sayonara!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan