Jumaat

CUTI-CUTI MALAYSIA - CNY 2014 ..Taiping Bah 1.


Jumpa lagi setelah sekian lama...sibuk sangat la konon!
Assalamualaiakum..


Kali ini kami sekeluarga bercuti di Taiping.  Sebenarnya negara kita juga tidak kurang dengan tempat-tempat yang menarik dan mempesonakan.  Sudah jenuh bak kata orang Perak mencari tempat-tempat yang belum dijelajahi, kamipun buat tempahan di Kuala Gula Resort lepas tonton doku menerusi televisyen.  Tempat ini memang sesuai untuk kaki pancing dan deme yang baru nak berjinak-jinak untuk jadi kaki pancing.


Sila-sila datang yer...tolong promosi!!
Sebenarnya, selepas mengambil anak dari asrama di Teluk Intan, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Gula.  Oleh sebab cuti umum yang panjang, temanpun menempah la bilik sebab takut terjah je nanti tiada bilik.  Askar dah la ramai.  Alhamdulillah, perjalanan dari TI ke KG mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.  Selepas daftar masuk bilik, kamipun meninjau ke restoran yang terletak selang 2 pintu dari bilik kami.  Selak-selak menu, kamipun membuat pesanan sebab perut dah lama berkeroncong.  Menu yang paling 'glamour' mestilah ketam lembut goreng mentega..  Harga boleh tahan juga sebab kami makan 7 beranak dicaj RM100++.

Pelbagai menu ada, yang penting ongkosnya lumayan!

Menu yang popular - gulai ikan semilang..peh!!
Kerabu sotong..
Istimewa - ketam lembut goreng mentega..
Setelah selesai menjamu selera, kamipun balik ke bilik sebab budak-budak dan bapa budak dah tidak sabar untuk mengail. Kami menyewa 2 buah bilik memandangkan askarnya yang ramai. Harga bilik bagi hari biasa ialah RM110 manakala bagi hujung minggu pula RM130.  Selesa jugalah biliknya.  Bilik famili ada tapi dah penuh ditempah. Yang paling tidak tahan ialah masalah nyamuk.  Penat berperang dengan nyamuk, kamipun meminta belas ehsan resort untuk memberikan kami ubat nyamuk.  Sekotak diberinya.  Sang suamipun segera menyalakan ubat nyamuk sebab nyamuk kuala ni memang sokmo dok berlegar-legar tepi telinga.

 Selesai memasang joran sang bapa dan anak-anak terus mencuba nasib melemparkan mata kail...Anak-anak pula amat teruja apabila diberi kesempatan untuk mencuba mengail di sini.  Selalunya mereka tengok saja orang lain memancing di tv.  Sang suami yang tidak membeli sebarang umpan menyuruh anak terunanya membeli udang daripada makcik restoran. Nasib baik deme nak jual.  Nasib tak baik sebab ikan di sini tak makan udang.

Beri anak-anak merasa pengalaman memancing ikan..

Jam 7.00 pagi kalut bangun nak tengok joran!


Selepas solat Maghrib, kami berjalan kaki menuju ke Restoran Terapung yang terletak bersebelahan dengan resort.  Ramainya orang, mungkin esok hari cuti, jadi ramai yang ambil kesempatan untuk menjamu selera bersama-sama dengan keluarga.  Sempat juga teman jeling kat plat kereta yang parkir di depan restoran ni....rata-rata semua dari luar negeri Perak.  Restoran ni diusahakan oleh Persatuan Nelayan tempatan.  Oleh sebab masih kenyang, kami hanya memesan mi rebus, sotong goreng tepung dan sayur kailan.  Sotong yang berlebihan kami bawa balik untuk dijadikan umpan.

Matahari mula menyinar..


Umpan sotong yang digunakan akhirnya digemari oleh ikan semilang.  Seronok betul anak-anak sebab pertama kali umpan yang digunakan mengena.  Terjerit-jerit depa panggil panggil abah untuk cabut mata kail dari mulut ikan.  Selang 10 minit, joran kedua pulak mengena.  Syoknya depa tidak terkira.
Tu dia....
Oleh sebab saiz ikannya comel-comel, sebelum kami daftar keluar, ikan-ikan tadi dilepaskan semula ke kuala.  Anak-anak kata kalau lain kali nak datang sini, pastikan cari sotong dulu untuk dijadikan umpan.  Destinasi seterusnya ialah ke Taiping...tapi kita sambung dalam entri yang akan datang yer…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan