Bersua kembali dalam coretan yang agak terlewat dua bulan. Teramatlah sibuk kerana tugas yang tidak pernah habis. Kali ini kami sekeluarga ke Kuala Gandah, Pahang di mana terletaknya Pusat Konservasi Hidupan Liar yang menempatkan beberapa ekor gajah dan DeerLand (Zoo Mini ) yang menempatkan pelbagai spesies haiwan.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Gandah memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sebelum sampai ke pusat tersebut, kita perlu susur keluar dari Lebuh raya Pantai Timur menuju ke Lanchang. Tidak susah untuk mencari tempat ini sebab ada bantuan Pakcik google.
Disebabkan ingin jimat belanja dan ingin memenuhi permintaan anak-anak, spagetti goreng dan karipap menjadi menu kudapan kami hari ini. Sebelum itu, kami singgah di rnr sebelum sampai ke Lanchang untuk mengalas perut.
![]() |
| Siapa mahu tambah lagi... |
![]() |
| Gaya apa pulak la ni, tak sabar nak jumpa gajah! |
![]() |
| Takut la nak bagi tebu!! |
Kemudian kami ke Deerland dan masuk tidak percuma. Bayaran untuk dewasa ialah RM6 dan RM 4 untuk kanak-kanak. Jalan untuk ke sini sebenarnya telah kita lalui sebelum sampai ke Pusat Konservasi Gajah tadi. Jadi memang tidak akan sesat la sebab ada papan tanda untuk ke sini.
| Comelnya tapi baunya…. |
| Tidak pernah kenyang la rusa ni.. |
![]() |
| Keledek dibekalkan oleh penjaga rusa setelah kita menunjukkan pas masuk yang diberikan di kaunter tiket. |
![]() |
| Geramnya... |
![]() |
| Beratnya ular sawa ni... |
![]() |
| Burung merak menggigal menunjukkan kehebatannya. |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan