Seperti biasa, terlewat juga untuk memuatkan coretan ini. Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk berkongsi pengalaman ini. Kami memang bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah anak-anak di Langkawi memandangkan bapa saudara mereka (my brother) tinggal di sana.
Oleh sebab kami ingin pergi ke sana selama 5 hari, molek kiranya kami membawa kereta masuk ke pulau lagenda itu. Seperti biasa, misi pencarian feri untuk membawa penumpang dan kenderaan diteruskan oleh Sang suami yang bersemangat waja…he..he.. perlu bodek sikit untuk mengambil hati kakandaku.
Kami menghubungi Syarikat Langkawi Ro-Ro (Kuala Perlis) untuk tempahan tiket perjalanan yang dirancang. Sesiapa yang berminat untuk memandu kereta sendiri ke Langkawi bolehlah menghubungi nombor berikut :
(Office Hour : 8.30 A.M - 5.00 P.M)
Staff & Office Contact
| Shaiful | : 011-26468331 |
| Nurul | : 019-6108718 |
| Adzrai | : 017-5363574 |
| Office | : 04-9854881 |
| Fax | : 04-9855880 |
Kawasan rehat dan rawat kegemaranku sepanjang perjalanan ke Langkawi ialah RNR Bukit Gantang..sebabnya di sini pengunjung disajikan dengan beraneka buah-buahan tempatan yang bukan sahaja berkhasiat, malah memang enak dimakan..buah kegemaran saya DURIANpun ada!!

Selesai menjamu selera, kami singgah di Masjid Al Hussain Kuala Perlis yang terletak di hujung sebelah kiri jeti Kuala Perlis.
Selesai solat, budak-budak ni ingin bergambar lagi. Pemandangan di sekitar masjid ini memang cantik. Walaupun baunya tidak begitu menyenangkan, maklumlah bau hanyir air laut tetapi itu tidak menghalang kami untuk terus ber'posing'.
Perjalanan kami diteruskan lagi ke Kuala Perlis. Feri kami dijangka bergerak ke Pulau Langkawi pada jam 3 petang. Namun entah apalah masalahnya, pukul 4.30 petang baru kami dapat masuk ke perut feri berkenaan. Jika menaiki feri penumpang biasa, jangkamasa untuk sampai ke Langkawi ialah 1 jam perjalanan dari Kuala Perlis. Tetapi sekiranya anda menaiki feri RORO ini, perjalanan memakan masa hampir 4 jam. Itupun bergantung kepada keadaan cuaca dan laut yang ada ketikanya bergelora.
Jeti feri ini hanya bersebelahan dengan masjid di Kuala Perlis ini. Sebelum itu, sila isi perut dengan kenyang sebab di dalam feri ini hanya menjual makanan ringan sahaja seperi 'maggi in my mug', biskut dan milo panas.
Selesai semua kenderaan memasuki perut feri, para penumpang diminta duduk di bahagian penumpang iaitu di bahagian atas feri. Memang tidak boleh duduk diam budak-budak ni, sekejap masuk, sekejap keluar. Sempat lagi memanjat bahagian bumbung feri yang terbuka dan dapat melihat pemandangan laut lepas.
Sang gerimis seolah-olah menyambut kehadiran kami sepanjang pelayaran (belayar ke?) kami ke pulau lagenda ini…seronok menikmati pemandangan samudera yang saujana mata memandang sambil dihembus semilir angin yang dingin..macam bersajak le pulak yer..
Tiba-tiba telefon berdering.."Puan, agak-agak pukul berapa puan akan sampai yer?".. kakitangan chalet sudahpun menelefon untuk memastikan kehadiran kami.."Mungkin dalam sejam lagi kot sebab hujan lebat ni."..
bersambung.....






Tiada ulasan:
Catat Ulasan