Isnin

CUTI-CUTI MALAYSIA - Langkawi Bahagian 1 / Disember 2013

Assalamualaikum,

            Seperti biasa, terlewat juga untuk memuatkan coretan ini.  Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk berkongsi pengalaman ini.  Kami memang bercadang untuk menghabiskan cuti sekolah anak-anak di Langkawi memandangkan bapa saudara mereka (my brother) tinggal di sana.
           Oleh sebab kami ingin pergi ke sana selama 5 hari, molek kiranya kami membawa kereta masuk ke pulau lagenda itu.  Seperti biasa, misi pencarian feri untuk membawa penumpang dan kenderaan diteruskan oleh Sang suami yang bersemangat waja…he..he.. perlu bodek sikit untuk mengambil hati kakandaku.

    Kami menghubungi Syarikat Langkawi Ro-Ro (Kuala Perlis) untuk tempahan tiket perjalanan yang dirancang.  Sesiapa yang berminat untuk memandu kereta sendiri ke Langkawi bolehlah menghubungi nombor berikut :


(Office Hour : 8.30 A.M - 5.00 P.M)

Staff & Office Contact

Shaiful: 011-26468331
Nurul: 019-6108718
Adzrai: 017-5363574
Office: 04-9854881
Fax: 04-9855880
    Andaikata hendak bercuti lama di Langkawi memang berbaloi memandu kenderaan sendiri jika hendak dibandingkan dengan menyewa kereta di sana.  Kepada kaki shoping pula, bolehlah borong sakan sebab tidak perlu memunggah barang dari terminal ke dalam feri sebab semua hasil tangkapan boleh disumbat ke dalam kereta

      Kawasan rehat dan rawat kegemaranku sepanjang perjalanan ke Langkawi ialah RNR Bukit Gantang..sebabnya di sini pengunjung disajikan dengan beraneka buah-buahan tempatan yang bukan sahaja berkhasiat, malah memang enak dimakan..buah kegemaran saya DURIANpun ada!!


 
             Selesai menjamu selera, kami singgah di Masjid Al Hussain Kuala Perlis yang terletak di hujung sebelah kiri jeti Kuala Perlis.
     


        Selesai solat, budak-budak ni ingin bergambar lagi.  Pemandangan di sekitar masjid ini memang cantik. Walaupun baunya tidak begitu menyenangkan, maklumlah bau hanyir air laut tetapi itu tidak menghalang kami untuk terus ber'posing'.

Perjalanan kami diteruskan lagi ke Kuala Perlis.  Feri kami dijangka bergerak ke Pulau Langkawi pada jam 3 petang.  Namun entah apalah masalahnya, pukul 4.30 petang baru kami dapat masuk ke perut feri berkenaan.  Jika menaiki feri penumpang biasa, jangkamasa untuk sampai ke Langkawi ialah 1 jam perjalanan dari Kuala Perlis.  Tetapi sekiranya anda menaiki feri RORO ini, perjalanan memakan masa hampir 4 jam.  Itupun bergantung kepada keadaan cuaca dan laut yang ada ketikanya bergelora.

                Jeti feri ini hanya bersebelahan dengan masjid di Kuala Perlis ini.  Sebelum itu, sila isi perut dengan kenyang sebab di dalam feri ini hanya menjual makanan ringan sahaja seperi 'maggi in my mug', biskut dan milo panas.




             Selesai semua kenderaan memasuki perut feri, para penumpang diminta duduk di bahagian penumpang iaitu di bahagian atas feri.  Memang tidak boleh duduk diam budak-budak ni, sekejap masuk, sekejap keluar.  Sempat lagi memanjat bahagian bumbung feri yang terbuka dan dapat melihat pemandangan laut lepas.





Sang gerimis seolah-olah menyambut kehadiran kami sepanjang pelayaran (belayar ke?) kami ke pulau lagenda ini…seronok menikmati pemandangan samudera yang saujana mata memandang sambil dihembus semilir angin yang dingin..macam bersajak le pulak yer..



     Tiba-tiba telefon berdering.."Puan, agak-agak pukul berapa puan akan sampai yer?".. kakitangan chalet sudahpun menelefon untuk memastikan kehadiran kami.."Mungkin dalam sejam lagi kot sebab hujan lebat ni."..

    bersambung.....

Ahad

Cuti-cuti Malaysia - Kuala Gandah, Pahang Darul Makmur : 1 FEBRUARI 2014



  Assalamualaikum,  
           Bersua kembali dalam coretan yang agak terlewat dua bulan.  Teramatlah sibuk kerana tugas yang tidak pernah habis.  Kali ini kami sekeluarga ke Kuala Gandah, Pahang di mana terletaknya Pusat Konservasi Hidupan Liar yang menempatkan beberapa ekor gajah dan DeerLand (Zoo Mini ) yang menempatkan pelbagai spesies haiwan.

           Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Gandah memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit.  Sebelum sampai ke pusat tersebut, kita perlu susur keluar dari Lebuh raya Pantai Timur menuju ke Lanchang. Tidak susah untuk mencari tempat ini sebab ada bantuan Pakcik google.

              Disebabkan ingin jimat belanja dan ingin memenuhi permintaan anak-anak, spagetti goreng dan karipap menjadi menu kudapan kami hari ini.  Sebelum itu, kami singgah di rnr sebelum sampai ke Lanchang untuk mengalas perut.



Siapa mahu tambah lagi...
      Sebelum kita masuk dan bertemu dengan sang gajah tersebut, molek kiranya kita mendaftar diri dan ahli rombongan di bangunan utama selepas kita melepasi pintu pagar pusat ini.   Mungkin hal ini dijalankan bagi mengetahui bilangan pengunjung yang telah ke pusat ini sama ada pengunjung dari dalam ataupun dari luar negara.  Selepas mendaftar, kita akan diberikan pelekat yang perlu ditampal di baju ke atau..ikut suka la..
Gaya apa pulak la ni, tak sabar nak jumpa gajah!

Takut la nak bagi tebu!!
       Insiden yang tidak mungkin kami lupakan di sini ialah apabila sang gajah ini melepaskan gas beracunnya… peh!!! memang tak ingat la baunya


             Kemudian kami ke Deerland dan masuk tidak percuma.  Bayaran untuk dewasa ialah RM6 dan RM 4 untuk kanak-kanak.  Jalan untuk ke sini sebenarnya telah kita lalui sebelum sampai ke Pusat Konservasi Gajah tadi.  Jadi memang tidak akan sesat la sebab ada papan tanda untuk ke sini.

Comelnya tapi baunya….
         
Tidak pernah kenyang la rusa ni..

Keledek dibekalkan oleh penjaga rusa setelah kita menunjukkan pas masuk yang diberikan di kaunter tiket.
Geramnya...

Beratnya ular sawa ni...

Burung merak menggigal menunjukkan kehebatannya.

Jinak-jinak rusa di sini..

Hari itu, kami meneruskan perjalanan ke Kuantan.  Jalan-jalan cari makan, kami terus ke Kuala Kemaman sebab ada orang mengidam sata, otak-otak dan keropok lekor Kuala Kemaman.

Sehingga bertemu dalam entri seterusnya..


Sabtu

Cuti-cuti Malaysia - Cameron Highland 2 OKTOBER 2013.


Assalamualaikum, bersua kembali... 

            Catatan inipun dikira agak lapuk sebab sudah lama berlalu.  Namun akibat kesibukan dan ketiadaan 'mood' jadinya tidak siaplah coretan ini sehinggalah 'mood' itu datang.  Seperti biasa, percutian yang tidak dirancang dan main redah diteruskan.         
         Setelah meminta bantuan pakcik google untuk penginapan, kamipun terus ke CH.  Cuaca agak mendung pada hari kami tiba di CH.  Kami memilih hotel Jasmine sebab lokasinya yang dekat dengan medan selera dan pasar malam Brinchang.
  






Hotelnya selesa dan mampu memuatkan kami tujuh beranak.


Selesa untuk bermalam dan melepaskan lelah..











          Gambar ini bilik standard, bukan bilik family yer.. harga bilik berpatutan antara RM120-150 pada hari biasa.
Selesai proses daftar masuk, kamipun meronda ke Taman Lavender.  RM5 bayaran untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.  
Taman buatan - mercu tanda Taman Lavender.

Beraneka warna bunga-bungaan di taman ini, macam dalam cerita Bollywood!

Bunga Carnation pelbagai warna - nama Melayu bagi bunga ni tak sempat nak tanya pakcik google la

Gadis dan bunga...

Model tak bertauliah..
Ungu mempesona..


         Selesai merakamkan gambar di taman ini, kami balik ke hotel sebab seorang ahli keluarga tidak sihat.  Malam itu, kami mengalas perut dengan jagung bakar, ubi rebus manis dan rangka ayam goreng.  Dalam cuaca sejuk di sini, semuanya sedap belaka. Tidak berkesempatan untuk merakamkan gambar di pasar malam sebab hujan renyai-renyai dan lupa bawa kamera sebenarnya..


        Dalam perjalanan pulang, sempat la kami 'mengeteh' sebelum pulang ke rumah.


              Terbaik dari ladang..teh dan sayur-sayuran segar..


Sampai di sini sahaja coretan kali ini.  Sehingga berjumpa lagi..
Adiosss..

CUTI-CUTI MALAYSIA - CNY TAIPING 2014 Bah. 2


Jumaat

CUTI-CUTI MALAYSIA - CNY 2014 ..Taiping Bah 1.


Jumpa lagi setelah sekian lama...sibuk sangat la konon!
Assalamualaiakum..


Kali ini kami sekeluarga bercuti di Taiping.  Sebenarnya negara kita juga tidak kurang dengan tempat-tempat yang menarik dan mempesonakan.  Sudah jenuh bak kata orang Perak mencari tempat-tempat yang belum dijelajahi, kamipun buat tempahan di Kuala Gula Resort lepas tonton doku menerusi televisyen.  Tempat ini memang sesuai untuk kaki pancing dan deme yang baru nak berjinak-jinak untuk jadi kaki pancing.


Sila-sila datang yer...tolong promosi!!
Sebenarnya, selepas mengambil anak dari asrama di Teluk Intan, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Gula.  Oleh sebab cuti umum yang panjang, temanpun menempah la bilik sebab takut terjah je nanti tiada bilik.  Askar dah la ramai.  Alhamdulillah, perjalanan dari TI ke KG mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.  Selepas daftar masuk bilik, kamipun meninjau ke restoran yang terletak selang 2 pintu dari bilik kami.  Selak-selak menu, kamipun membuat pesanan sebab perut dah lama berkeroncong.  Menu yang paling 'glamour' mestilah ketam lembut goreng mentega..  Harga boleh tahan juga sebab kami makan 7 beranak dicaj RM100++.

Pelbagai menu ada, yang penting ongkosnya lumayan!

Menu yang popular - gulai ikan semilang..peh!!
Kerabu sotong..
Istimewa - ketam lembut goreng mentega..
Setelah selesai menjamu selera, kamipun balik ke bilik sebab budak-budak dan bapa budak dah tidak sabar untuk mengail. Kami menyewa 2 buah bilik memandangkan askarnya yang ramai. Harga bilik bagi hari biasa ialah RM110 manakala bagi hujung minggu pula RM130.  Selesa jugalah biliknya.  Bilik famili ada tapi dah penuh ditempah. Yang paling tidak tahan ialah masalah nyamuk.  Penat berperang dengan nyamuk, kamipun meminta belas ehsan resort untuk memberikan kami ubat nyamuk.  Sekotak diberinya.  Sang suamipun segera menyalakan ubat nyamuk sebab nyamuk kuala ni memang sokmo dok berlegar-legar tepi telinga.

 Selesai memasang joran sang bapa dan anak-anak terus mencuba nasib melemparkan mata kail...Anak-anak pula amat teruja apabila diberi kesempatan untuk mencuba mengail di sini.  Selalunya mereka tengok saja orang lain memancing di tv.  Sang suami yang tidak membeli sebarang umpan menyuruh anak terunanya membeli udang daripada makcik restoran. Nasib baik deme nak jual.  Nasib tak baik sebab ikan di sini tak makan udang.

Beri anak-anak merasa pengalaman memancing ikan..

Jam 7.00 pagi kalut bangun nak tengok joran!


Selepas solat Maghrib, kami berjalan kaki menuju ke Restoran Terapung yang terletak bersebelahan dengan resort.  Ramainya orang, mungkin esok hari cuti, jadi ramai yang ambil kesempatan untuk menjamu selera bersama-sama dengan keluarga.  Sempat juga teman jeling kat plat kereta yang parkir di depan restoran ni....rata-rata semua dari luar negeri Perak.  Restoran ni diusahakan oleh Persatuan Nelayan tempatan.  Oleh sebab masih kenyang, kami hanya memesan mi rebus, sotong goreng tepung dan sayur kailan.  Sotong yang berlebihan kami bawa balik untuk dijadikan umpan.

Matahari mula menyinar..


Umpan sotong yang digunakan akhirnya digemari oleh ikan semilang.  Seronok betul anak-anak sebab pertama kali umpan yang digunakan mengena.  Terjerit-jerit depa panggil panggil abah untuk cabut mata kail dari mulut ikan.  Selang 10 minit, joran kedua pulak mengena.  Syoknya depa tidak terkira.
Tu dia....
Oleh sebab saiz ikannya comel-comel, sebelum kami daftar keluar, ikan-ikan tadi dilepaskan semula ke kuala.  Anak-anak kata kalau lain kali nak datang sini, pastikan cari sotong dulu untuk dijadikan umpan.  Destinasi seterusnya ialah ke Taiping...tapi kita sambung dalam entri yang akan datang yer…

Sabtu

Beijing/Peking yang mempesonakan

Benarlah kata pepatah Melayu, jauh berjalan luas pemandangan..lama hidup, banyak dirasa..

     Memang seronok kalau dapat melihat tempat orang, lebih-lebih lagi dapat menikmati keindahan alam ciptaan ILAHI, menikmati hidangan enak, membeli-belah dan menjamu mata.  Sejak dari zaman belajar di 'U' lagi saya memang berminat untuk menjelajah.  Oleh itu, apabila berkesempatan dan mempunyai bajet yang memang dikumpul khas (main kutu) untuk melancong, kesempatan ini memang amat ditunggu-tunggu.

Bersama-sama rakan seperjuangan Kak Zu, Azah, Kak Ton & Kak Na.
     Mengambil kesempatan sempena cuti sekolah, saya dan kawan-kawan terus menempah pakej percutian ke Beijing..kalau tidak silap, nama glamournya dulu PEKING.  Memang kami amat teruja untuk ke sana memandangkan terdapatnya salah satu keajaiban dunia di sana iaitu Tembok Besar Negara China.  Sempat transit sebentar di Hong Kong apabila menaiki penerbangan Cathay Pacific, kami tiba di Beijing pada 10 malam.

        Cuaca dingin mencecah 6 darjah cc menyambut kami.  Kami terus dibawa ke hotel penginapan setelah lebih 5 jam perjalanan dari Hong Kong.  Penat namun hati berbunga gembira apabila menjejakkan kaki ke bumi negara China.

          Hari kedua di Beijing, kami menikmati sarapan pagi di sebuah restoran Muslim.
Sedap juga makanan yang dihidangkan.  Sebelum ini, kami takut juga perut kami tidak boleh menerima makanan Cina.  Alhamdulillah, ada roti, telur dadar...beres!
Ahli rombongan yang 'sporting'
        Selesai sarapan, kami terus dibawa ke Medan Tiennamen dan Kota Larangan.  Kebetulan pula hari itu hari Ahad, bukan setakat pelancong asing, rakyat tempatan dari seluruh pelosok China juga datang ke sini untuk menghabiskan cuti hujung minggu mereka.   Kagum melihat disiplin tentera yang berkawal di sepanjang kawasan tersebut.  Mereka tetap tegak dengan segak sehinggalah tamat masa mereka bertugas dan digantikan pula oleh rakan mereka yang lain.

        Terpukau dengan keindahan seni bina halus warga Cina, kami memasuki Kota Larangan iaitu tempat bersemayamnya Maharaja Cina selama beratus-ratus tahun.  

           Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Kota ini terletak di tengah-tengah kota BeijingChina, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.
            Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik[1] dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional,[2] pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,[2] dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.
Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di TaipeiTaiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China- sumber Wikipedia.


     Penat jugalah berjalan merentasi kota ini..lebih kurang 4km dari pintu utama  hingga ke pintu belakang.  Bayangkanlah jika maharaja ingin menjelajah seluruh kota. Kerabat baginda memang terasing dengan dunia luar.  Menurut pemandu pelancong kami, mana-mana kuli yang merosakkan mana-mana bahagian yang sedang dibina,hukuman pancung dikenakan.  Memang kejam!!

    Betapa seseorang maharaja itu mempunyai kuasa yang begitu hebat, bukan setakat istananya yang begitu luas, khazanah harta yang dimiliki juga amatlah banyak..hebat sungguh tamadun mereka.

Pemandu pelancong yang boleh berbahasa Indonesia..JOHAN..


       Hari kedua, penjelajahan bumi China diteruskan lagi.  Tembok Besar China yang merupakan antara 7 keajaiban dunia akan kami lawati.  Tertanya-tanya bagaimana orang Cina yang begitu kecil saiz badan mereka mampu membina tembok yang sebegitu panjang dan teguh.  Kami tidak berkesempatan untuk menjelajah keseluruhan tembok sebab kesuntukan masa.  Namun, sekurang-kurangnya hajat sudah dapat dipenuhi..ALHAMDULILLAH...syukur kepadaMU  YA RABB..

      Masyarakat Cina juga mahir menghasilkan barangan tembikar yang unik, hasil kerja tangan mereka begitu teliti.  Sudah menjadi polisi kerajaan China, pelancong wajib pergi melawat semua premis milik kerajaan - kilang stainlessteel, ubat herba, macam-macam lagi la... bagus juga sebenarnya, sempat juga melepaskan lelah setelah penat berjalan sehari suntuk.  Urut-mengurut kaki.. jangan terpedaya dengan kata-kata  'mulut manis' si tukang urut yang hendak melariskan ubatnya sudah!


MALAYSIA BOLEH!!!

    Hari ke-3 penjelajahan diteruskan- hari ini kami ke Istana Musim Panas, Zoo Panda dan Kilang Sutera.  Istana yang begitu luas,saujana mata memandang..panda yang tahu makan dan tidur sahaja dan kanak-kanak comel yang berpipi merah..Akibat kepadatan penduduk yang tinggi, setiap keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak saja oleh pemerintah.  Keluarga yang mempunyai anak yang lebih daripada itu akan dikenakan hukuman..nasib baiklah negara kita tidak mengamalkan undang-undang macam tu..

     Kesempatan yang ada juga kami penuhi dengan aktiviti melepaskan tekanan bagi kaum wanita..membeli-belah!!! Saya memang akan membeli cenderamata yang senang dibawa, murah dan mampu milik.  Bajet tetap bajet..Kita perlu pandai memilih sebab barangan China...kualitinya tidak semuanya bagus.
Pengalaman menjelajah bumi China merupakan suatu pengalaman berharga buat kami.  Insyaallah, jika ada kesempatan, teringin juga melawat bandar Xian- Terra Cota..yang memiliki sejarahnya tersendiri.. apapun,kumpul duit lagi dan buat kaji selidik DULU..Jumpa lagi dalam siri penjelajahan seterusnya....ke mana pula 2012?

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri...lebih baik hujan batu di negara sendiri.  Walau secantik & seindah manapun negara orang, namun Malaysia tetap di hati..


   
Komentar :     

  •  Warga China kuat bekerja, saiz badan sama - susah nak cari orang bersaiz XL (gemuk).
  • Berjiwa kental, hati kering..sebab itu mereka boleh maju berniaga..pandai juga putar alam..
  • Warga Muslim - masih berpegang teguh kepada ajaran Islam.
  • Restoran Muslim - arak masih diletakkan di rak hadapan kedai & dijual kepada bukan muslim secara terbuka.

      
      


Jumaat


           Tatkala meniti hari-hari dengan pelbagai rutin harian, terkedu seketika pabila mendapat perkhabaran bahawa rakan seperjuangan telah kembali menghadap penciptaNYA.  Beliau begitu muda dan baru sahaja melahirkan anak yang ke-5.  Begitulah janjiNYA bahawa setiap yang hidup pasti akan mati.  Bila, di mana, bagaimana..hanya DIA sahaja yang menentukannya.
        Allahyarhammah merupakan seorang insan yang begitu istimewa, amat komited terhadap tugas-tugasnya.  Pemergiannya  merupakan satu kehilangan besar buat kami.
      Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang mukmin.  Takziah kepada seluruh ahli keluarga terutama kepada suami dan anak-anak yang ditinggalkan.  Semoga kalian kuat mengharungi dugaan ini.